Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Efesus 4

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kesatuan dalam tubuh Kristus

1Oleh itu aku, yang terpenjara kerana Tuhan, merayu agar kamu, sebagai orang yang telah dipanggil, hiduplah berpadanan dengan panggilan itu. 2AKamu haruslah selalu rendah hati dan lemah lembut; sabar, bertolak ansur satu sama lain dalam kasih, 3dan berusaha memelihara perpaduan dalam Roh dengan ikatan sejahtera. 4Kamu hendaklah satu tubuh dan satu Roh – sebagaimana kamu telah dipanggil dengan satu harapan panggilan itu – 5satu Tuhan, satu iman, satu baptisan; 6satu Allah, iaitu Bapa sekalian, yang di atas sekalian, melalui sekalian, dan dalam kamu sekalian.