Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Bilangan 13

A A A
Alkitab Versi Borneo
25Empat puluh hari kemudian, kembalilah mereka yang telah mengintip negeri itu. 26Mereka datang mendapatkan Musa, Harun, dan seluruh kalangan umat Israel yang berkumpul di Kadesh, di Gurun Paran. Mereka pun menyampaikan khabar kepada Musa dan Harun serta kepada seluruh umat itu, lalu memperlihatkan kepada semua orang buah-buahan hasil negeri itu. 27Kepada Musa mereka bercerita demikian, "Kami telah sampai ke negeri tempat tuan utus kami. Memang negeri itu berlimpah-limpah susu dan madu. Inilah hasil buah-buahannya. 28Hanya, bangsa yang mendiami negeri itu sangat kuat. Kota-kota mereka pun berkubu dan amat besar. Kami juga melihat keturunan orang Enak di sana. 29Bani Amalek tinggal di Tanah Negeb. Bani Het, bani Yebus, dan bani Amori tinggal di pergunungan, sedangkan bani Kanaan tinggal di pesisir dan di tepi Sungai Yordan."

30Kaleb berusaha menenangkan hati bangsa itu di depan Musa, katanya, "Kita harus maju dan menduduki negeri itu, kerana kita pasti dapat mengalahkannya!"

31Akan tetapi, orang yang pergi bersama-samanya berkata, "Kita tidak dapat menyerang bangsa itu, kerana mereka lebih kuat daripada kita!" 32Lalu mereka menyampaikan laporan buruk kepada orang Israel tentang negeri yang diintip mereka itu, kata mereka, "Negeri yang kami jelajahi untuk diintai itu ialah negeri yang memakan penduduknya. Semua orang yang kami lihat di situ tinggi-tinggi belaka. 33AKami melihat pula di sana orang Nefilim, iaitu keturunan Enak yang berasal daripada orang Nefilim. Di mata kami sendiri diri kami seperti belalang sahaja dan begitu jugalah di mata mereka.'