Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Amsal 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mengikut jalan Allah

1Hai anakku, jangan lupakan ajaranku,

tetapi hendaklah hatimu memegang perintah-perintahku,

2kerana segalanya akan memberikan kepadamu umur panjang, usia lanjut, dan kesejahteraan.

3Jangan biarkan kasih setia dan kebenaran meninggalkan kamu,

kalungkannya di lehermu dan pahatkannya di loh hatimu.

4ADengan demikian engkau akan disukai serta memperoleh nama baik

di mata Allah dan manusia.

5Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu

dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri.

6Ingatlah Dia dalam segala jalanmu,

maka Dia akan meluruskan jalanmu.

7BJangan anggap dirimu bijak,

takutlah kepada TUHAN dan jauhilah kejahatan.