Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Timotius 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Perintah Paulus untuk Timotius

10Tetapi kamu telah mengikut dengan penuh hemat segala ajaranku, cara hidupku, tujuan hidupku, imanku, kesabaranku, kasihku dan ketabahanku. 11CEngkau telah melihat penganiayaan dan kesengsaraan serta segala yang menimpaku di Antiokhia, Ikonium dan Listra – betapa penganiayaan yang kutanggung. Akan tetapi, Tuhan telah menyelamatkanku daripada semuanya itu. 12Memang, semua orang yang ingin hidup warak dalam Kristus Yesus akan dianiaya. 13Orang durjana dan penipu akan bertambah durjana, memperdaya serta diperdaya. 14Tetapi kamu mestilah terus berpegang kepada segala yang telah kamu pelajari dan yakini, kerana kamu tahu daripada siapa segalanya telah kamu pelajari, 15dan sejak kecil kamu telah mengenal Kitab Suci yang dapat memberimu kebijaksanaan untuk diselamatkan melalui iman dalam Kristus Yesus. 16Seluruh Kitab Suci diilhamkan oleh Allahi, dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran.ii 17Dengan demikian, tiap-tiap orang yang mengabdikan diri kepada Allah akan dilengkapi sepenuhnya untuk melakukan segala kerja yang baik.