Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Petrus 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Daripada Simon Petrus, hamba dan rasul Yesus Kristus,

Kepada mereka yang seiman dengan kami melalui perbenaran Allahi dan Penyelamat kita Yesus Kristus:

2Semoga kamu dilimpahi berkat dan damai sejahtera daripada Allah, kerana kamu mengenal Allah dan Tuhan Yesus.

Panggilan dan pilihan Allah

3Dengan kuasa ilahi-Nya Allah telah mengurniai kita segala yang diperlukan untuk hidup dan kesalihan, melalui apa yang kita ketahui tentang Dia yang memanggil kita dengan kemuliaan dan kebaikan-Nya. 4Allah telah menganugerahi kita janji yang besar dan berharga. Melaluinya kamu akan mengambil bahagian dalam sifat keilahian Allah setelah menjauhi kebinasaan akibat hawa nafsu di dunia. 5Oleh itu, berusahalah untuk membekalkan imanmu dengan kebaikan; dan kebaikan dengan pengetahuan; 6dan pengetahuan dengan penguasaan diri; dan penguasaan diri dengan ketabahan; dan ketabahan dengan kesalihan; 7dan kesalihan dengan belas ihsan persaudaraan; dan belas ihsan persaudaraan dengan kasih. 8Jika kamu semakin kaya dengan segala ini, tidaklah kamu sia-sia dan hampa dalam mengenal Tuhan kita Yesus Kristus. 9Seseorang yang tidak memiliki sifat-sifat ini adalah rabun, malah buta, dan lupa bahawa dia telah disucikan daripada dosa-dosanya dahulu.