Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Korintus 9

A A A
Alkitab Versi Borneo
10AAllah telah menyediakan benih untuk disemai dan roti untuk dimakan. Semoga Allah melipatgandakan benih yang telah kamu semai dan memperbanyak buah hasil perbenaranmu, 11serta memperkaya kamu dalam segala hal, sehingga kamu dapat terus-menerus bermurah hati. Pemberianmu yang disampaikan melalui kami akan menimbulkan rasa syukur kepada Allah. 12Kerana pekerjaan mulia yang sedang kita usahakan ini bukan sahaja akan menampung kekurangan orang salih, tetapi juga menyebabkan ramai orang mengucap syukur kepada Allah. 13Melalui pekerjaan mulia ini, kamu membuktikan imanmu dan mereka memuliakan Allah kerana melihat kesetiaan pengakuanmu terhadap Injil Kristus serta kemurahan hati yang kamu tunjukkan dengan pemberian kepada mereka dan semua orang. 14Mereka berdoa untukmu dan ingin berdamping denganmu kerana kasih kurnia Allah yang melebihi segala-galanya memenuhi dirimu. 15Segala puji dan syukur kepada Allah kerana kurnia-Nya yang tidak terperikan.