Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Korintus 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
8AKami juga hendak memberitahumu, saudara-saudara, tentang kesusahan yang telah menimpa kami di Asia Kecil. Beban kami sungguh berat, lebih daripada yang terdaya kami tanggung, sehingga kami putus asa untuk terus hidup. 9Kami berasa bagaikan telah dijatuhi hukum mati. Namun demikian, itu telah berlaku supaya kami tidak lagi berharap kepada diri sendiri tetapi kepada Allah yang menghidupkan semula orang mati. 10Dialah yang telah melepaskan kami daripada bahaya yang amat dahsyat, dan Dialah yang akan melepaskan kami. Kami menaruh harapan kepada-Nya, bahawa Dia akan melepaskan kami. 11Kamu juga harus menolong kami dengan doa, sehingga ramai orang bersyukur kepada Allah atas kurnia yang diberikan kepada kami kerana doa ramai orang.