Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Korintus 8

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kemurahan hati

1AKami ingin memberitahumu, saudara-saudaraku, tentang kasih kurnia Allah kepada jemaah-jemaah di Makedonia. 2Sungguhpun mereka banyak diuji dengan kesusahan, namun kegembiraan mereka melimpah. Walaupun mereka sangat miskin, mereka kaya dalam kemurahan hati. 3Aku dapat memberikan kesaksian bahawa dengan rela hati mereka telah memberi setakat termampu, malah lebih daripada itu. 4Mereka telah meminta bersungguh-sungguh kepada kami agar mereka diberi anugerah untuk menyumbang kepada keperluan orang salih. 5Hal ini benar-benar di luar jangkaan kami. Mereka mempersembahkan diri pertama-tama kepada Tuhan, kemudian kepada kami juga dengan kehendak Allah. 6Oleh itu, kami meminta bersungguh-sungguh kepada Titus, yang telah memulakan usaha itu, supaya melanjutkan pekerjaan yang muliai itu dalam kalanganmu. 7Jadi, sebagaimana kamu kaya dalam segala hal dalam iman, kata-kata, pengetahuan, kesungguhan dan dalam kasihmu kepada kami hendaklah kamu kaya juga dalam pekerjaan yang muliaii itu.

8Ini bukanlah satu perintah, tetapi aku menguji keikhlasan kasihmu berbanding kesungguhan orang lain. 9Kamu tahu tentang kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus. Dia kaya, tetapi kerana kamu Dia telah menjadikan diri-Nya miskin supaya melalui kemiskinan-Nya kamu menjadi kaya.