Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Raja-Raja 4

A A A
Alkitab Versi Borneo

Seratus orang diberi makan

42Seorang lelaki datang dari Baal-Salisa dengan membawa bagi hamba Allah dua puluh buku roti daripada hasil barli pertama, serta gandum baru di dalam karungnya.

Kata Elisa, "Berikanlah kepada orang itu untuk mereka makan." 43Tetapi pembantunya berkata, "Bagaimanakah mungkin ini disajikan untuk seratus orang?" Kata Elisa, "Berikanlah kepada orang itu untuk mereka makan, kerana beginilah firman Tuhan, 'Makanan itu akan cukup bagi mereka bahkan akan ada sisanya.' " 44Kemudian disajikannya makanan itu di depan mereka. Mereka pun makan, dan ada sisanya, selaras dengan firman Tuhan.