Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Petrus 4

A A A
Alkitab Versi Borneo
7Sudah hampir waktunya bagi segala-galanya berakhir. Oleh itu, berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan berjaga-jaga. 8APaling utama, kasihilah satu sama lain kerana kasih akan menutup banyak dosa. 9Raikan satu sama lain tanpa bersungut. 10Setiap orang antaramu telah menerima pelbagai kurnia daripada Allah. Sebagai pengurus yang baik bagi kurnia Allah, gunakanlah kurnia itu untuk kebaikan semua. 11Jika sesiapa menyampaikan perkhabaran, sampaikanlah firman daripada Allah. Jika sesiapa memberi pertolongan, berilah dengan keupayaan yang dibekalkan oleh Allah. Dengan demikian, dalam semua hal Allah akan dimuliakan melalui Yesus Kristus yang memiliki kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya. Amin.