Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Yohanes 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Saling mengasihi

11AKamu telah mendengar perkhabaran ini dari mulanya: Kita harus kasih-mengasihi. 12BJanganlah kita bertindak seperti Kain yang asalnya daripada Iblis dan membunuh adiknya sendiri. Mengapakah dia membunuh adiknya? Semata-mata kerana perbuatannya salah sedangkan perbuatan adiknya benar.

13Oleh itu, saudara-saudaraku, janganlah hairan jika kamu dibenci oleh orang di dunia ini. 14CKita tahu bahawa kita terus hidup dan tidak akan binasa kerana kita mengasihi saudara-saudara kita. Sesiapa yang tidak mengasihi saudaranya akan tetap dikuasai oleh maut. 15Sesiapa yang benci akan saudaranya ialah pembunuh. Kamu tahu bahawa seorang pembunuh tidak mempunyai hidup yang kekal dalam dirinya. 16Dengan demikian kita tahu bagaimana cara mengasihi seseorang: Yesus Kristus telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita. Oleh itu kita harus menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita. 17Jika seorang yang berharta melihat saudaranya yang miskin memerlukan bantuan tetapi tidak mahu menolongnya, bagaimanakah kasih Allah dapat hidup dalam dirinya? 18Anak-anakku, janganlah kasih kita di mulut sahaja. Kita hendaklah kasih-mengasihi melalui perbuatan dan kebenaran yang sejati.