Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Samuel 20

A A A
Alkitab Versi Borneo
30Maka menyalalah amarah Saul kepada Yonatan lalu berkata kepadanya, "Anak daripada perempuan sundal yang derhaka! Aku tahu, engkau berpihak kepada anak Isai itu untuk mengaibkan dirimu serta ibumu yang telah melahirkan engkau, bukan? 31Selama anak Isai itu masih hidup di atas bumi ini, maka baik engkau mahupun kerajaanmu tidak akan kukuh. Sekarang, suruhlah orang untuk membawa dia kepadaku, kerana dia harus mati."

32Akan tetapi, Yonatan menjawab Saul, ayahnya. Katanya, "Mengapakah dia harus dibunuh? Apakah yang telah dilakukannya?"

33Lalu Saul melemparkan tombaknya ke arah Yonatan untuk membunuhnya. Maka tahulah Yonatan bahawa ayahnya telah bertekad untuk membunuh Daud. 34Yonatan pun segera meninggalkan meja jamuan itu dengan amarah yang menyala-nyala. Dia tidak menyentuh apa-apa pun makanan pada hari kedua bulan itu. Hatinya amat hiba mengenangkan Daud yang dihina ayahnya.