Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Petrus 2

A A A
Alkitab Versi Borneo
11Saudara-saudara yang kukasihi, aku merayu kepadamu sebagai orang asing dan pendatang di dunia, jauhilah hawa nafsu yang sentiasa menyerang jiwa. 12Amalkan kelakuan yang mulia, maka apabila orang di kelilingmu yang tidak mengenal Allah mengata kamu berbuat jahat, mereka tetap melihat perbuatanmu yang baik lalu memuliakan Allah pada waktu Tuhan datang kembali.

Berserah kepada pemerintah

13Demi Tuhan berserahlah kepada pemerintah dalam kerajaan manusia, baik raja sebagai pemerintah tertinggi 14mahupun para penguasa yang dilantiknya untuk menghukum orang yang berbuat jahat dan menghargai orang yang berbuat baik. 15Inilah kehendak Allah, bahawa dengan berbuat baik kamu menutup mulut orang jahil dan bodoh yang hendak mengatamu. 16Hiduplah dengan bebas, tetapi jangan gunakan kebebasan untuk menutup maksiat. Hiduplah sebagai hamba Allah. 17Hormati semua orang: Kasihi saudara-saudara seimanmu, takuti Allah, dan hormati raja.

1 Petrus 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Menderita kerana berbuat baik

8Sebagai kesimpulan, bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik. 9Jangan balas kejahatan dengan kejahatan atau celaan dengan celaan. Sebaliknya balaslah dengan memohon Allah memberkati mereka. Kamu mengetahui bahawa Allah telah memanggilmu supaya kamu mendapat berkat kelak.