Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Petrus 2

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Oleh itu, singkirkan segala niat jahat, penipuan, kepura-puraan, iri hati dan semua fitnah. 2Seperti bayi yang baru lahir, hendaklah kamu selalu haus akan air susu suci firman Allah, supaya kamu bertumbuh subur sehingga beroleh penyelamatan. 3AKamu sendiri telah mengalami kebaikan Tuhan.

Yesus Kristus batu penjuru

4Datanglah kepada Dia yang seperti batu hidup, yang dibuang oleh manusia tetapi dipilih oleh Allah dan berharga di hadirat-Nya. 5Kamu juga umpama batu hidup, yang digunakan untuk membina rumah rohani bagi para imam yang suci, untuk mempersembahkan korban rohani yang diredai Allah melalui Yesus Kristus. 6BAda tersurat dalam Kitab Suci: "Lihatlah, Kuletakkan di Sion,

batu asas yang terpilih, berharga,

dan sesiapa yang percaya kepada-Nya

tidak akan diaibkan."

7CBagi kamu yang percaya, batu itu berharga, tetapi bagi mereka yang tidak percaya, "Batu yang dibuang oleh pembina

telah menjadi batu penjuru,"

8Ddan, "Batu tempat orang tersandung

dan batu pejal yang membuat mereka terjatuh."

Mereka tersandung kerana mereka ingkar akan firman Allah, yang telah ditetapkan bagi mereka.

9HTetapi kamu umat terpilih, para imam raja, bangsa suci, umat-Nya sendiri, yang dipilih untuk mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang. 10IDahulu kamu bukan suatu umat tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mendapat belas kasihan Allah tetapi sekarang kamu telah mendapat belas kasihan-Nya.

11Saudara-saudara yang kukasihi, aku merayu kepadamu sebagai orang asing dan pendatang di dunia, jauhilah hawa nafsu yang sentiasa menyerang jiwa.