Alkitab Versi Borneo |
6ABDi hadapan takhta itu juga kelihatan sesuatu yang seperti lautan kaca, jernih seperti hablur. Di sekeliling takhta itu terdapat empat makhluk, satu di setiap sisi. Bahagian depan dan belakang makhluk itu penuh dengan mata. 7Makhluk yang pertama rupanya seperti singa; yang kedua seperti anak lembu; yang ketiga mukanya seperti muka manusia; dan yang keempat rupanya seperti burung helang sedang terbang. 8DSetiap makhluk itu bersayap enam. Di bawah sayapnya pun penuh dengan mata. Siang malam mereka tidak henti-henti menyanyi: "Suci, suci, sucilah Tuhan Allah Yang Maha Kuasa, yang ada dahulu, yang ada sekarang dan yang akan datang." 9Keempat-empat makhluk itu menyanyikan pelbagai nyanyian yang memuliakan, menyanjung dan menyatakan syukur kepada Dia yang sedang bersemayam di atas takhta, Dia yang hidup selama-lamanya. 10Sambil itu, dua puluh empat tua-tua sujud kepada Dia yang bersemayam di atas takhta, menyembah Dia yang hidup selama-lamanya. Mereka mencampakkan mahkota mereka di hadapan takhta itu lalu berkata, 11"Ya Tuhan, ya Allah kami! Hanya Engkau yang layak menerima kemuliaan, kehormatan dan kuasa, kerana Engkaulah yang mencipta segala-galanya, dan dengan kehendak-Mu segala-galanya wujud dan dicipta."