Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 8

A A A
Alkitab Versi Borneo
35Siapa yang akan memisahkan kita daripada kasih Kristus? Kekacauan atau kesusahan atau penganiayaan atau kebuluran atau ketelanjangan atau bahaya atau pedang? 36ASebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: "Kerana-Mu kami menghadapi maut sepanjang hari;

Kami dianggap sebagai domba untuk disembelih."

37Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada para penakluk melalui Dia yang mengasihi kita. 38Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, 39ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.