Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Wahyu 4

A A A
Alkitab Versi Borneo
8BSetiap makhluk itu bersayap enam. Di bawah sayapnya pun penuh dengan mata. Siang malam mereka tidak henti-henti menyanyi: "Suci, suci, sucilah Tuhan Allah

Yang Maha Kuasa,

yang ada dahulu, yang ada sekarang dan yang akan datang."

9Keempat-empat makhluk itu menyanyikan pelbagai nyanyian yang memuliakan, menyanjung dan menyatakan syukur kepada Dia yang sedang bersemayam di atas takhta, Dia yang hidup selama-lamanya. 10Sambil itu, dua puluh empat tua-tua sujud kepada Dia yang bersemayam di atas takhta, menyembah Dia yang hidup selama-lamanya. Mereka mencampakkan mahkota mereka di hadapan takhta itu lalu berkata, 11"Ya Tuhan, ya Allah kami!

Hanya Engkau yang layak menerima kemuliaan, kehormatan dan kuasa,

kerana Engkaulah

yang mencipta segala-galanya,

dan dengan kehendak-Mu

segala-galanya wujud dan dicipta."