Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 8

A A A
Alkitab Versi Borneo

Iman seorang ketua tentera

5Ketika Yesus sampai di Kapernaum, seorang ketua tentera menjumpai-Nya dan merayu kepada-Nya: 6"Tuan, hambaku sakit di rumah, terlantar di katil tidak dapat bergerak, dan amat derita."

7Yesus menjawab, "Baiklah, Aku akan pergi menyembuhkannya."

8Tetapi ketua tentera itu berkata, "Usahlah Tuan datang ke rumahku. Aku tidak layak menyambut Tuan ke rumahku.i Perintahkanlah sahaja, tentu hambaku akan sembuh. 9Aku juga di bawah perintah orang atasan, dan aku ada askar di bawah tanganku. Apabila aku menyuruh seorang askar, 'Pergi!' dia pun pergi. Apabila aku menyuruh askar lain, 'Mari!' dia pun datang. Apabila aku menyuruh hambaku, 'Buat ini!' dia melakukannya."

10Yesus terkagum mendengarnya lalu berkata kepada orang ramai yang mengikut-Nya, "Sesungguhnya, belum pernah Kutemui orang yang demikian teguh imannya, walau di Israel pun. 11AKetahuilah! Ramai orang akan datang dari timur dan barat lalu duduk di meja menikmati jamuan bersama Abraham, Ishak dan Yakub dalam kerajaan syurga. 12BSebaliknya, anak-anak kerajaan itu akan dihumbankan ke dalam kegelapan di luar; di sana akan terdapat ratapan dan kertakan gigi."

13Lalu Yesus berkata kepada ketua tentera itu, "Pulanglah! Apa yang kamu percayai itu akan terjadi." Pada ketika itu juga sembuhlah hamba ketua tentera itu.