Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 24

A A A
Alkitab Versi Borneo

Nasihat supaya berjaga-jaga

36"Tetapi tentang hari dan waktunya, tiada siapa yang tahu hari atau waktunya, baik para malaikat di syurga mahupun Anak. Hanya Bapa yang tahu. 37Sebagaimana yang berlaku pada zaman Nuh, demikianlah kelak pada hari kedatangan Anak Manusia.A 38Sebelum banjir melanda, mereka makan minum, berkahwin dan dikahwinkan, hinggalah waktu Nuh masuk ke bahtera. 39BMereka tidak sedar apa yang berlaku hingga banjir memusnahkan mereka. Demikianlah kelak pada hari kedatangan Anak Manusia. 40Pada masa itu, ada dua orang yang sedang bekerja di ladang, seorang dibawa dan seorang ditinggalkan. 41Antara dua orang wanita yang sedang menggiling gandum, seorang akan dibawa manakala yang seorang lagi ditinggalkan.

42Berjaga-jagalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya Tuhanmu datang. 43CIngatlah: Sekiranya tuan rumah mengetahui bila masanya pencuri akan datang, dia tidak akan tidur. Dia tidak akan membiarkan rumahnya dipecah masuk. 44Kamu juga hendaklah sentiasa bersedia. Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka."