Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 10

A A A
Alkitab Versi Borneo
34"Jangan sangka Aku datang untuk membawa damai ke dunia. Aku datang bukan untuk membawa damai ke dunia melainkan pedang. 35ADengan kedatangan-Ku, 'anak lelaki melawan bapanya, anak perempuan melawan ibunya, dan menantu perempuan melawan ibu mertuanya. 36Ahli keluarganya sendiri akan menjadi musuhnya.'

37Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anaknya daripada-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. 38BSesiapa yang enggan memikul salibnya dan mengikut-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. 39CSesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangannya, dan sesiapa yang kehilangan hidupnya kerana menjadi murid-Ku akan mendapat hidupnya."