Alkitab Versi Borneo |
38Dia mengajar mereka lagi, "Awas ahli-ahli Taurat, yang suka ke sana sini berjubah labuh, suka diberi salam hormat di pasar, 39suka duduk di kerusi khas di saumaahi dan tempat terhormat di majlis jamuan. 40Mereka merampas rumah balu tetapi kemudian pura-pura berdoa berjela-jela. Mereka ini akan menerima hukuman yang lebih berat." Persembahan seorang balu 41Yesus duduk berhadapan dengan peti wang persembahan dan melihat betapa orang memasukkan wang ke dalamnya. Ramai orang kaya memasukkan sumbangan yang besar. 42Kemudian seorang balu yang miskin memasukkan dua keping wang tembaga, yang sangat kecil nilainya. 43Yesus memanggil murid-murid-Nya lalu berkata kepada mereka, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, balu yang miskin itu telah memberi lebih daripada semua orang yang telah memasukkan wang ke dalam peti persembahan; 44kerana mereka memberi daripada kekayaan mereka yang melimpah, tetapi dia daripada kemiskinannya telah memasukkan semua yang ada padanya, seluruh rezekinya."