Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 2

A A A
Alkitab Versi Borneo

Gembala dan malaikat

8Di daerah itu ada beberapa orang gembala yang bermalam di padang kerana menjaga domba mereka. 9Tiba-tiba malaikat Tuhan muncul di hadapan mereka dan kemuliaan Tuhan menerangi mereka, lalu mereka ketakutan. 10Tetapi malaikat itu berkata kepada mereka, "Jangan takut! Aku membawa kepadamu berita baik yang akan memberikan sukacita besar kepada seluruh umat. 11Pada malam ini di kota Daud telah lahir seorang Penyelamat bagimu, iaitu Kristus, Tuhan. 12Inilah tandanya bagimu: Kamu akan menjumpai seorang anak yang dibedung dan dibaringkan di dalam sebuah palung."

13Tiba-tiba malaikat itu disertai oleh satu angkatan syurga yang besar memuji-muji Allah: 14"Kemuliaan bagi Allah di tempat yang maha tinggi

dan damai sejahtera di bumi bagi orang yang berkenan pada hati-Nya."