Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 12

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus menyebabkan perpecahan

49"Aku datang untuk melontarkan api ke bumi dan betapa inginnya Aku api itu telah menyala! 50AAku harus mengalami suatu baptisan dan betapa resahnya hati-Ku selagi perkara itu belum selesai. 51Adakah pada sangkaanmu, Aku datang untuk membawa damai di dunia? Aku berkata kepadamu, bukan perdamaian melainkan perpecahan! 52Mulai sekarang, lima orang dalam sebuah keluarga akan berpecah, tiga melawan dua dan dua melawan tiga. 53BBapa melawan anak lelakinya dan anak lelaki melawan bapanya, ibu melawan anak perempuannya dan anak perempuan melawan ibunya, ibu mertua melawan menantu perempuannya serta menantu perempuan melawan ibu mertuanya."

Memahami tanda zaman ini

54Yesus berkata kepada orang ramai itu, "Apabila kamu melihat awan naik dari barat, kamu akan berkata, 'Hari mahu hujan,' dan begitulah berlakunya. 55Apabila kamu melihat adanya angin selatan bertiup, kamu berkata, 'Hari akan panas terik,' dan begitulah berlakunya. 56Hai munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat tanda di langit dan bumi, tetapi mengapakah kamu tidak memahami tanda-tanda zaman ini?"