Alkitab Versi Borneo |
Syarat-syarat menjadi murid Yesus 57Ketika mereka dalam perjalanan, seorang berkata kepada Yesus, "Aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana sahaja." 58Yesus berkata kepadanya, "Musang ada lubangnya dan burung di udara ada sarangnya tetapi Anak Manusia tidak ada tempat untuk meletakkan kepala-Nya." 59Lalu Dia berkata kepada seorang yang lain, "Ikutlah Aku." Tetapi dia menjawab, "Tuhan, izinkanlah aku pulang dahulu untuk menguburkan jenazah bapaku." 60Yesus berkata kepadanya, "Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka; tetapi engkau pergilah mengkhabarkan kerajaan Allah." 61ASeorang lain pula berkata, "Aku hendak mengikut Tuan, tetapi biarlah aku pergi mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluargaku terlebih dahulu." 62Yesus berkata kepadanya, "Tiada seorang pun yang mula membajak dan asyik menoleh ke belakang layak bagi kerajaan Allah."