Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Keluaran 34

A A A
Alkitab Versi Borneo
29ASewaktu Musa turun dari Gunung Sinai sambil membawa kedua-dua loh hukum di tangannya, Musa tidak sedar yang kulit mukanya bercahaya-cahaya kerana dia telah berbicara dengan TUHAN. 30Apabila Harun dan orang Israel melihat Musa dengan kulit mukanya yang bercahaya-cahaya itu, mereka takut mendekatinya. 31Tetapi Musa memanggil mereka, lalu Harun dan semua pemimpin jemaah Israel itu kembali kepadanya, dan berbicaralah Musa kepada mereka. 32Sesudah itu seluruh orang Israel mendekatinya, lalu Musa mengamanatkan kepada mereka semua yang difirmankan TUHAN kepadanya di atas Gunung Sinai. 33Setelah Musa selesai berbicara dengan mereka, diselubungkanlah mukanya. 34Tetapi ketika Musa masuk menghadap TUHAN untuk berbicara dengan-Nya, dia menanggalkan selubung itu sehingga dia keluar semula. Setelah keluar, dia menyampaikan kepada orang Israel apa yang diperintahkan kepadanya, 35dan orang Israel melihat kulit muka Musa yang bercahaya-cahaya itu. Kemudian Musa pun menyelubungkan mukanya semula sampai dia masuk lagi untuk berbicara dengan TUHAN.