Alkitab Versi Borneo |
5Apabila Yesus memandang sekeliling dan melihat ramai orang datang ke arah-Nya, Dia berkata kepada Filipus, "Dari manakah dapat kita beli makanan untuk semua mereka ini?" 6(Sebenarnya Yesus bertanya itu untuk menduga Filipus sahaja kerana Dia tahu apa yang akan dilakukan-Nya.) 7Filipus menjawab, "Roti yang berharga dua ratus dinar pun tidak cukup, meskipun jika dibahagi secebis seorang." 8Seorang lagi murid Yesus yang bernama Andreas, saudara Simon Petrus, berkata kepada-Nya, 9"Ada seorang budak di sini yang mempunyai lima buku roti barli dan dua ekor ikan. Tetapi tidak mungkin akan cukup untuk orang seramai ini!" 10Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Ajaklah mereka duduk." (Di situ ada banyak rumput.) Mereka itu pun duduk, kira-kira lima ribu orang lelaki semuanya. 11Yesus mengambil roti itu lalu mengucap syukur kepada Allah. Selepas itu, Dia membahagi-bahagikan roti itu kepada mereka yang duduk di sini. Kemudian Dia membahagi-bahagikan ikan itu pula sebanyak yang dikehendaki mereka. 12Setelah kenyang semuanya, Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Kumpulkanlah baki makanan, jangan ada yang terbuang." 13Lalu mereka mengumpulkannya dan mengisi dua belas bakul baki makanan daripada lima buku roti barli yang dimakan oleh orang ramai itu.