Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yeremia 7

A A A
Alkitab Versi Borneo

Melawan ibadat tanpa kesetiaan

21Beginilah firman Tuhan alam semesta, Allah Israel, "Tambahkan sajalah korban bakaranmu kepada korban sembelihanmu, lalu makanlah dagingnya. 22Sesungguhnya, pada waktu Aku membawa nenek moyangmu keluar dari Tanah Mesir, Aku tidak berfirman atau memerintahkan mereka tentang korban bakaran dan korban sembelihan. 23Tetapi hal inilah yang Kuperintahkan kepada mereka, 'Patuhilah Aku, maka Aku akan menjadi Allahmu dan kamu akan menjadi umat-Ku. Tempuhlah segala jalan yang Kuperintahkan kepadamu, supaya baik keadaanmu.' 24Tetapi mereka tidak mahu mendengar dan tidak mahu memberikan perhatian. Mereka malah mengikuti rancangan sendiri dan kedegilan hati mereka yang jahat. Mereka mundur, bukan maju. 25Sejak nenek moyangmu keluar dari Tanah Mesir sampai hari ini, Aku mengutus semua hamba-Ku, para nabi kepadamu, setiap hari dan terus-menerus. 26Tetapi mereka tidak mahu mendengar Aku atau memberikan perhatian. Mereka malah mengeraskan hati dan berbuat lebih jahat daripada nenek moyang mereka.