Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yeremia 31

A A A
Alkitab Versi Borneo
31ABLihatlah, akan tiba harinya," firman Tuhan,

"apabila Aku membuat perjanjian baru dengan keturunan kaum Israel dan keturunan kaum Yehuda.

32Tidak seperti perjanjian

yang telah Kubuat dengan nenek moyang mereka ketika Aku membimbing tangan mereka untuk membawa mereka keluar dari Tanah Mesir.

Perjanjian-Ku itu telah diingkari mereka,

sungguhpun Aku ini seperti suami bagi mereka,"

demikianlah firman Tuhan.

33CInilah perjanjian yang akan Kubuat dengan keturunan kaum Israel selepas zaman itu,"

Tuhan berfirman,

"Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka

dan menuliskannya dalam hati mereka.

Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.

34DTiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya atau saudaranya dengan berkata,

'Kenalilah Tuhan,'

kerana semuanya, daripada yang terkecil kepada yang terbesar, akan mengenal Aku,"

demikianlah firman Tuhan. "Aku akan mengampunkan kesalahan mereka dan tidak akan mengingati dosa mereka lagi."