Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yakobus 5

A A A
Alkitab Versi Borneo

Tabah menanggung kesengsaraan

7Saudara-saudaraku, bersabarlah menanti kedatangan Tuhan. Lihatlah betapa sabarnya seorang peladang menunggu tanahnya mengeluarkan hasil yang bernilai. Dengan sabar dia menanti hujan musim luruh dan hujan musim bunga. 8Demikian jugalah kamu harus bersabar. Tabahkanlah hatimu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah hampir tiba.

9Saudara-saudaraku, janganlah bersungut-sungut, supaya kamu tidak dihukum. Hakim sedang berdiri di ambang pintu. 10Saudara-saudaraku, ingatlah nabi-nabi yang bersabda dengan nama Tuhan. Teladanilah kesabaran dan ketabahan mereka menanggung kesengsaraan. 11BKami mengatakan mereka orang yang diberkati kerana mereka tabah menanggung kesengsaraan. Kamu telah mendengar kisah kesabaran Ayub, dan kamu tahu pada akhirnya Tuhan memberkatinya. Tuhan amat berpengasihan dan penuh belas kasihan.