Alkitab Versi Borneo |
14Oleh sebab anak-anak itu telah mendapat tubuh manusia, Dia sendiri pun mendapatkannya, supaya melalui kematian Dia dapat memusnahkan Iblis yang berkuasa atas kematian, 15dan membebaskan mereka yang tertakluk kepada belenggunya seumur hidup kerana takut mati. 16ADia tidak memberi pertolongan kepada para malaikat, tetapi Dia memberi pertolongan kepada keturunan Abraham. 17Dengan demikian, dalam segala hal Dia harus disamakan dengan saudara-saudara-Nya, supaya Dia menjadi Imam Besar yang berpengasihan dan setia dalam segala yang berkenaan dengan Allah, untuk menebus dosa umat manusia. 18Oleh sebab Dia sendiri telah menderita, menghadapi godaan, maka Dia dapat menolong orang yang menghadapi godaan.
Alkitab Versi Borneo |
Nasihat akhir 1Pastikan kasih persaudaraan berpanjangan. 2AJangan lupa meraikan orang asing, kerana dengan berbuat demikian ada orang yang telah meraikan para malaikat tanpa mengetahuinya. 3Ingatlah kepada orang yang terpenjara seolah-olah kamu terantai bersama mereka; kenanglah orang yang dianiaya seolah-olah kamu juga dianiaya, kerana kamu dan mereka adalah satu.