Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Efesus 2

A A A
Alkitab Versi Borneo
13Tetapi sekarang dalam Kristus Yesus, kamu yang dahulu jauh sudah dibawa dekat oleh darah Kristus. 14Kerana Dia sendiri adalah perdamaian kita, Dia menyatukan kedua-dua pihak dan meruntuhkan dinding pemisah, iaitu perseteruan. 15ADia menghapuskan dengan tubuh-Nya perseteruan itu, iaitu Taurat dengan hukum-hukum yang diperintahkan di dalamnya, untuk mencipta dalam diri-Nya seorang yang baru daripada dua, dan mengadakan perdamaian demikian, 16Bserta untuk mendamaikan kedua-duanya dengan Allah dalam satu tubuh melalui salib, dengan itu mematikan perseteruan itu. 17CDan Dia datang dan mengkhabarkan perdamaian kepada kamu yang jauh dan kepada mereka yang dekat. 18Kerana melalui-Nya kita, kedua-dua pihak, dapat menghampiri Allah Bapa dengan satu Roh.

19Oleh itu, sekarang, kamu bukan lagi orang asing dan pendatang, tetapi sesama warga negeri dengan orang yang salih dan ahli-ahli keluarga Allah, 20yang telah dibina atas asas para rasul dan para nabi, dengan Kristus Yesus sendiri sebagai batu penjuru utama. 21Dalam Kristus seluruh bangunan itu disatukan lalu menjadi Bait Suci dalam Tuhan, 22maka dalam-Nya kamu pun dibina bersama menjadi tempat kediaman Allah dalam Roh.