Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Efesus 5

A A A
Alkitab Versi Borneo
25ASuami, kasihilah isterimu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah dan menyerahkan diri-Nya untuk jemaah. 26Dengan demikian, Dia dapat menyucikan dan membersihkan jemaah dengan air melalui firman, 27dan menghadapkannya kepada diri-Nya sebagai jemaah yang mulia, tanpa cela atau kerut, tetapi suci dan tidak bercela. 28Demikian juga, suami harus mengasihi isterinya seperti tubuhnya, lelaki yang mengasihi isterinya itu mengasihi dirinya sendiri. 29Tiada sesiapa pun pernah membenci tubuhnya sendiri, tetapi memelihara dan menyayanginya, seperti yang dilakukan oleh Kristus kepada jemaah – 30kerana kita adalah anggota tubuh-Nya.