Alkitab Versi Borneo |
Amarah Yunus 1Maka Yunus amat tidak senang hati lantas dia menjadi marah. 2AKemudian berdoalah dia kepada Tuhan, katanya, "Ya Tuhan, bukankah sudah kukatakan hal ini ketika aku masih di negeriku sehingga aku cepat-cepat melarikan diri ke Tarsis. Aku tahu betapa Engkaulah Tuhan pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, serta berbelas kasihan dan tidak pula mendatangkan malapetaka. 3BMaka sekarang, ya Tuhan, ambil sajalah nyawaku, kerana lebih baik aku mati daripada hidup."
4Maka berfirmanlah Tuhan, "Patutkah engkau marah?"