Alkitab Versi Borneo |
14Maka terjadilah apabila umat itu berangkat dari perkhemahan mereka untuk menyeberangi Sungai Yordan, para imam mengusung tabut perjanjian di depan umat itu. 15Lalu ketika para pengusung tabut sampai di Sungai Yordan dan kaki para imam pengusung tabut itu tercelup di pinggir air itu – sememangnya Sungai Yordan meluap keseluruhan tebingnya selama musim menuai – 16maka air yang turun dari hulu tertahan. Air itu tegak menjadi suatu timbunan, begitu jauh dari kota raya Adam, kota di sebelah Sartan. Air yang turun ke Laut Arabah, iaitu Laut Mati, juga terputus sama sekali. Lalu umat itu pun menyeberang, bertentangan dengan kedudukan Kota Yerikho. 17Para imam pengusung tabut perjanjian TUHAN itu berdiri tegap di atas tanah yang kering, di tengah-tengah Sungai Yordan, sementara seluruh orang Israel menyeberang di atas tanah yang kering, sehingga seluruh umat Israel selesai menyeberangi Sungai Yordan.
Alkitab Versi Borneo |
Letaknya dua belas biji batu peringatan
1Maka setelah seluruh umat Israel selesai menyeberangi Sungai Yordan, berfirmanlah TUHAN kepada Yosua, 2"Pilihlah dua belas orang daripada umat, seorang daripada setiap suku. 3Perintahkanlah mereka demikian, 'Angkatlah dua belas biji batu dari sini, dari tengah-tengah Sungai Yordan ini, tempat para imam itu berdiri teguh. Bawalah semua batu itu menyeberang bersama-samamu, dan letakkanlah di tempat kamu bermalam pada malam ini.' " 4Maka Yosua memanggil dua belas orang yang telah disiapkannya daripada kalangan orang Israel, seorang daripada setiap suku. 5Kata Yosua kepada mereka, "Menyeberanglah di depan tabut TUHAN, Allahmu, ke tengah-tengah Sungai Yordan. Pikullah sebiji batu di atas bahu masing-masing menurut jumlah suku orang Israel 6supaya batu-batu itu menjadi tanda antaramu. Apabila anak-anakmu bertanya pada kemudian hari, 'Apakah erti batu-batu itu bagi kamu?' 7maka katakanlah kepada mereka bahawa air Sungai Yordan terputus di depan tabut perjanjian TUHAN. Ketika tabut itu menyeberangi Sungai Yordan, air Sungai Yordan terputus. Batu-batu itu akan menjadi tanda peringatan bagi orang Israel untuk selama-lamanya."