Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yosua 14

A A A
Alkitab Versi Borneo
7AAku berumur empat puluh tahun ketika Musa, hamba TUHAN itu, mengutus aku dari Kadesh-Barnea untuk mengintip negeri ini, dan aku kembali kepadanya membawa laporan yang selaras dengan hati nuraniku. 8Saudara-saudaraku yang pergi bersama-samaku membuat hati bangsa ini tawar, tetapi aku tetap mengikuti TUHAN, Allahku, dengan sepenuh hati. 9BPada hari itu Musa berjanji dengan bersumpah, katanya, 'Sesungguhnya, negeri yang diinjak kakimu itu akan menjadi harta pusakamu dan anak-anakmu untuk selama-lamanya, kerana engkau telah mengikuti TUHAN, Allahku, dengan sepenuh hati.' 10Sekarang lihatlah, TUHAN telah memelihara hidupku, seperti yang difirmankan-Nya. Kini sudah empat puluh lima tahun lamanya sejak TUHAN menyampaikan firman itu kepada Musa, sementara orang Israel mengembara di gurun. Sekarang, inilah aku. Hari ini usiaku sudah lapan puluh lima tahun, 11dan hari ini aku masih sama kuat seperti ketika Musa mengutus aku. Kekuatanku sekarang masih seperti kekuatanku pada saat itu, baik untuk berperang mahupun untuk kegiatan lainnya. 12Oleh sebab itu berikanlah kepadaku gunung ini, yang dijanjikan TUHAN pada saat itu. Engkau sendiri mendengar pada saat itu bahawa orang Enak ada di sana dengan kota-kota mereka yang besar dan berkubu. Mudah-mudahan TUHAN menyertai aku, sehingga aku dapat mengusir mereka seperti yang difirmankan TUHAN."

13Kemudian Yosua memohonkan berkat baginya dan memberikan Hebron kepada Kaleb anak Yefune sebagai harta pusaka. 14Itulah sebabnya Hebron menjadi harta pusaka Kaleb anak Yefune, orang Kenas itu, sampai hari ini, kerana dia telah mengikuti TUHAN, Allah Israel, dengan sepenuh hati. 15Nama Hebron sebelumnya ialah Kiryat-Arba. Arba orang yang terbesar antara orang Enak.

Maka amanlah negeri itu daripada peperangan.