Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kesaksian Yohanes yang terakhir

22Selepas itu, Yesus dan murid-murid-Nya pergi ke wilayah Yudea. Yesus tinggal bersama mereka di sana dan membaptis orang. 23Yohanes pula membaptis di Ainon, tidak berapa jauh dari Salim, kerana di situ ada banyak air. Orang datang kepadanya dan dia membaptis mereka. 24APada masa itu, Yohanes belum lagi dimasukkan ke dalam penjara.

25Pada suatu hari tercetus pertengkaran antara sebilangan murid Yohanes dengan seorang Yahudi tentang istiadat penyucian. 26Mereka pergi kepada Yohanes dan berkata, "Rabbi, seorang yang bersama dengan engkau di seberang Sungai Yordan dahulu, orang yang engkau tunjukkan kepada kami, Dia membaptis orang dan semua orang pergi kepada-Nya."

27Yohanes menjawab, "Seseorang tidak mungkin menerima sesuatu kecuali diberi kepadanya dari syurga. 28BKamu semua menjadi saksiku bahawa aku telah berkata, 'Aku bukanlah Kristus, tetapi aku diutus sebelum-Nya.' 29Yang mendapatkan pengantin perempuan ialah pengantin lelaki. Sahabat pengantin lelaki yang cuma menanti dan mendengarkan ketibaan pengantin lelaki, berasa bahagia ketika mendengar suara pengantin lelaki. Demikian juga aku. Sekarang sempurnalah kebahagiaanku. 30Memang sewajarnya Dia semakin utama dan aku semakin kecil."

31Dia yang datang dari atas adalah di atas segala-galanya. Orang yang berasal dari dunia datang dari dunia dan bercakap tentang hal-hal dunia. Tetapi Dia yang datang dari syurga adalah di atas segala-galanya, 32Dia menyampaikan apa yang dilihat dan didengar-Nya, tetapi tidak ada seorang pun yang menerima kesaksian-Nya. 33Namun begitu, mereka yang menerima kesaksian-Nya mengaku bahawa Allah itu benar. 34Dia yang diutus oleh Allah menyampaikan firman Allah, kerana Allah mengurniai-Nya Roh Kudus sepenuhnya. 35CBapa kasih akan Anak-Nya dan telah meletakkan segala-galanya di bawah kuasa Anak-Nya.