Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 16

A A A
Alkitab Versi Borneo
16Yesus berkata, "Tidak lama lagi, kamu tidak akan melihat-Ku dan tidak lama kemudian, kamu akan melihat-Ku."

Kedukaan dan kegembiraan

17Sebilangan murid Yesus tertanya-tanya sesama sendiri, "Apakah maksud kata-Nya, 'Tidak lama lagi kamu tidak akan melihat-Ku, dan tidak lama kemudian kamu akan melihat-Ku'? Dia juga berkata, 'Aku akan pergi kepada Bapa.' " 18Mereka berkata, "Apakah maksud 'tidak lama lagi'? Kami tidak faham erti kata-kata-Nya!"

19Yesus tahu bahawa mereka ingin bertanya kepada-Nya. Lalu kata-Nya kepada mereka, "Tadi Aku berkata, 'Tidak lama lagi kamu tidak akan melihat-Ku, dan tidak lama kemudian kamu akan melihat-Ku.' Adakah kamu mempersoalkan kata-Ku itu? 20Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bersuka ria. Kamu akan bersedih, namun kesedihanmu akan berubah menjadi kegembiraan. 21Apabila seorang perempuan hendak melahirkan anak, dia menderita kesakitan kerana masanya sudah tiba. Tetapi sebaik sahaja anak itu lahir, dia lupa akan penderitaannya. Dia bersukacita kerana seorang anak telah lahir ke dunia. 22Begitulah juga kamu bersedih sekarang, tetapi Aku akan menemui kamu lagi. Hatimu akan dipenuhi kegembiraan, yang tidak dapat diragut oleh sesiapa pun.