Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 20

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus menampakkan diri kepada Maria

11Tetapi Maria berdiri di hadapan makam itu sambil menangis. Kemudian sambil menangis dia menjenguk ke dalam. 12Dia melihat dua malaikat berpakaian putih duduk di tempat jenazah Yesus dibaringkan dahulu, satu malaikat di sebelah kepala dan satu di sebelah kaki. 13Malaikat-malaikat itu bertanya kepada Maria, "Puan, mengapa menangis?"

Maria menyahut, "Jenazah Tuhanku telah diambil, entah ke mana dialihkan!"

14Kemudian Maria menoleh lalu melihat Yesus berdiri di situ, tetapi Maria tidak mengenal-Nya. 15Yesus berkata kepada Maria, "Puan, mengapa menangis? Siapakah yang kamu cari?"

Pada sangkaan Maria, Dia tukang kebun di taman itu. Dengan demikian Maria berkata, "Tuan, jika kamu telah mengalihkan jenazah Yesus, beritahulah aku di mana kamu letakkan-Nya, supaya dapat kuambil jenazah-Nya."

16Yesus berkata kepadanya, "Maria!"

Maria berpaling kepada Yesus lalu berseru dalam bahasa Ibrani, "Rabboni!" (ertinya "Guru").

17Yesus berkata kepadanya, "Jangan berpaut pada-Ku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada murid-murid-Ku, katakan kepada mereka bahawa sekarang Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."

18Maria Magdalena pun pergi mendapatkan para murid Yesus lalu memberitahu, "Aku telah melihat Tuhan." Dan Dia telah menuturkan kata-kata itu kepadanya.