Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 1

A A A
Alkitab Versi Borneo

Murid-murid Yesus yang pertama

35Pada hari yang berikut, Yohanes berada di situ lagi bersama dua orang muridnya. 36Dia melihat lagi Yesus lalu di tempat itu dan dia berseru, "Lihatlah Anak Domba Allah!"

37Apabila dua orang murid Yohanes itu mendengar kata-kata demikian, mereka pun mengikut Yesus. 38Yesus menoleh dan melihat mereka mengikut-Nya lalu bertanya, "Apa hajatmu?"

Mereka menjawab, "Rabbi (ertinya Guru), di manakah Engkau tinggal?"

39"Marilah lihat," kata Yesus. Mereka terus mengikut-Nya dan melihat tempat tinggal-Nya. Waktu itu kira-kira jam kesepuluh.i Mereka pun tinggal bersama Yesus pada hari itu.

40Seorang daripada dua orang yang mendengar kata-kata Yohanes lalu mengikut Yesus ialah Andreas, saudara Simon Petrus. 41Andreas segera mencari Simon, saudaranya, dan berkata, "Kami telah bertemu dengan Mesias!" ("Mesias" bererti Kristus). 42Selepas itu, Andreas membawa Simon berjumpa dengan Yesus.

Yesus memandang Simon lalu berkata, "Kamu Simon anak Yohanes, tetapi kamu akan digelar Kefas." (Kefas sama ertinya dengan Petrus.)