Alkitab Versi Borneo |
Allah satu-satunya Penebus
1Sekarang, beginilah firman TUHAN,
yang menciptakan engkau, wahai Yakub,
dan yang membentuk engkau, wahai Israel,
"Jangan takut, kerana Aku telah menebus engkau.
Aku telah memanggil engkau dengan namamu, engkau milik-Ku. 2Apabila engkau mengharungi air, Aku akan menyertaimu, dan engkau tidak akan dihanyutkan saat mengharungi sungai. Apabila engkau berjalan melalui api, engkau tidak akan dihanguskan, dan nyala api tidak akan membakarmu, 3kerana Akulah TUHAN, Allahmu,
Yang Maha Suci, Allah Israel, Penyelamatmu.
Aku memberikan Mesir sebagai tebusanmu,
Kush dan Seba sebagai gantimu. 4Kerana engkau berharga dan mulia di mata-Ku, dan Aku ini mengasihi engkau, maka Aku memberikan manusia sebagai gantimu, dan bangsa-bangsa sebagai ganti nyawamu. 5Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu. Aku akan membawa keturunanmu dari timur dan menghimpun engkau dari barat. 6Aku akan berfirman kepada utara, 'Berikanlah!' dan kepada selatan, 'Jangan tahan!' Bawalah anak-anak lelaki-Ku dari jauh dan anak-anak perempuan-Ku dari hujung bumi, 7iaitu semua orang yang disebutkan dengan nama-Ku, yang Kuciptakan untuk kemuliaan-Ku, yang Kubentuk, dan yang Kujadikan."