Alkitab Versi Borneo |
15Beginilah firman Tuhan ALLAH, Yang Maha Suci, Allah Israel,
"Dengan bertaubat dan bertenang,
kamu akan diselamatkan.
Dengan berdiam diri dan percaya,
terdapatnya kekuatanmu."
Tetapi kamu tidak mahu! 16Sebaliknya, kamu berkata, "Tidak, kami akan lari menaiki kuda." Oleh sebab itu kamu akan melarikan diri! "Kami akan menunggang kuda yang tangkas." Oleh sebab itu para pengejarmu pun memang tangkas! 17Seribu orang akan lari kerana gertakan seorang.
Dengan gertakan lima orang kamu semua akan melarikan diri,
sampai kamu ditinggalkan seperti tiang di puncak gunung
dan seperti panji-panji di atas bukit. Janji penyelamatan bagi Sion
18Itulah sebabnya TUHAN menanti-nantikan saat untuk mengasihani kamu,
itulah sebabnya Dia bangkit untuk menyayangi kamu,
kerana TUHAN sememangnya Allah yang adil.
Berbahagialah semua orang yang menanti-nantikan Dia!
19Sungguh, wahai rakyat Sion yang tinggal di Yerusalem, kamu tidak akan menangis lagi. Dia pasti mengasihani engkau apabila Dia mendengar suara engkau berseru-seru, dan Dia akan menjawab engkau apabila Dia mendengarnya. 20Sekalipun Tuhan memberikan roti kesukaran dan air kesusahan kepadamu, guru-gurumu tidak akan menyembunyikan diri lagi. Matamu akan melihat guru-gurumu itu 21dan telingamu akan mendengar perkataan ini dari belakangmu: "Inilah jalannya, tempuhilah" apabila kamu menyimpang ke kanan atau ke kiri.