Alkitab Versi Borneo |
Lantunan puji-pujian 1Pada waktu itu lantunan pujian ini akan dikumandangkan di Tanah Yehuda: "Kita mempunyai kota yang kuat. Keselamatan didirikan-Nya sebagai tembok dan benteng. 2Bukalah pintu-pintu gerbang, supaya masuk bangsa yang benar, yang berpegang teguh pada kesetiaan! 3Engkau akan menjaga orang yang tekadnya teguh dengan damai yang sempurna kerana dia percaya kepada-Mu. 4Percayalah kepada TUHAN untuk selama-lamanya,
kerana TUHAN ALLAH sajalah, batu pejal yang kekal.