Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yeremia 31

A A A
Alkitab Versi Borneo
16Beginilah firman Tuhan, "Tahanlah suaramu daripada menangis

dan matamu daripada mencucurkan air mata,

kerana ada pahala untuk pekerjaanmu," demikianlah firman Tuhan.

"Mereka akan kembali dari negeri musuh.

17Ada harapan bagi masa depanmu," demikianlah firman Tuhan.

"Anak-anakmu akan kembali ke daerah mereka.

18Aku sungguh-sungguh telah mendengar Efraim meratap:

'Engkau telah menghukum aku, dan aku telah menerima hukuman,

seperti anak lembu yang tidak terlatih.

Buatlah aku bertaubat, maka aku akan bertaubat,

kerana Engkaulah Tuhan, Allahku.

19Sungguh, setelah aku bertaubat, aku menyesal.

Setelah aku belajar, aku menepuk paha tanda berkabung.

Aku malu, bahkan mendapat aib,

kerana aku menanggung cela masa mudaku.'

20Adakah Efraim itu anak kesayangan bagi-Ku,

adakah dia anak emas?

Kerana setiap kali Aku mengancam dia,

Aku pasti terkenang lagi kepadanya.

Itulah sebabnya hati-Ku rindu kepadanya,

Aku pasti mengasihaninya,"

demikianlah firman Tuhan.

21"Dirikanlah rambu-rambu jalan,

pasanglah tiang-tiang penanda.

Perhatikanlah jalan raya,

iaitu jalan yang telah kautempuh.

Kembalilah, wahai perawan Israel,

kembalilah ke kota-kotamu ini.

22Berapa lama lagi engkau akan mundar-mandir,

wahai anak perempuan yang tidak setia?

Sungguh, Tuhan menciptakan sesuatu yang baru di negeri:

perempuan melindungi lelaki."

23Beginilah firman Tuhan alam semesta, Allah Israel, "Orang akan mengucapkan perkataan ini lagi di Tanah Yehuda dan di kota-kotanya ketika Aku memulihkan keadaan mereka, 'Semoga Tuhan memberkati engkau, wahai tempat kediaman kebenaran, wahai gunung yang suci!' 24Orang Yehuda dan penduduk segala kotanya akan tinggal di situ bersama-sama, baik para petani mahupun orang yang mengembara dengan kawanan ternakan mereka. 25Aku akan memuaskan jiwa yang lelah, dan setiap jiwa yang merana akan Kukenyangkan."

26Kerana hal itu aku terjaga lalu memandang ke sekeliling. Tidurku menyenangkan bagiku.