Alkitab Versi Borneo |
20Murka Tuhan tidak akan surut, sampai Dia selesai mengerjakan dan melaksanakan rancangan-rancangan hati-Nya. Pada kemudian hari kamu akan mengerti hal itu dengan jelas. 21Aku tidak mengutus para nabi itu, tetapi mereka bergegas pergi. Aku tidak berfirman kepada mereka, tetapi mereka menyampaikan nubuat. 22Sekiranya mereka hadir dalam majlis perundingan-Ku, tentu mereka akan membuat umat-Ku mendengar firman-Ku, membawa mereka berpaling daripada perilaku mereka yang jahat dan daripada perbuatan mereka yang jahat. 23Adakah Aku Allah apabila dekat sahaja," demikianlah firman Tuhan, "dan bukan Allah juga apabila jauh? 24Masakan orang dapat menyembunyikan diri di tempat tersembunyi sehingga Aku tidak melihatnya?" demikianlah firman Tuhan. "Bukankah Aku memenuhi langit dan bumi?" demikianlah firman Tuhan.