Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Wahyu 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Surat kepada jemaah di Laodikia

14A"Kepada malaikat jemaah di Laodikia, tulislah:

Inilah perkhabaran daripada Dia yang disebut Amin, Saksi yang setia dan benar, Permulaan segala ciptaan Allah. 15Aku tahu perbuatanmu. Aku tahu bahawa kamu ini sejuk tidak, panas pun tidak. Betapa baiknya jika kamu mengambil satu daripada dua sikap itu. 16Tetapi oleh sebab kamu suam-suam sahaja, Aku akan meludahkan kamu. 17Kamu berkata, 'Aku kaya dan cukup segala-galanya, tiada kekurangan apa-apa.' Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sebenarnya dalam keadaan yang serba kekurangan dan amat malang, miskin, telanjang serta buta. 18Dengan demikian Kunasihati kamu: Belilah emas daripada-Ku, emas tulen, supaya kamu kaya. Belilah pakaian putih untuk menutup tubuhmu yang telanjang lagi mengaibkan. Belilah ubat untuk matamu supaya dapat melihat. 19BAku menegur dan menghukum orang yang Kukasihi. Oleh itu, amalkanlah sikap bersungguh-sungguh dan bertaubatlah. 20Dengarlah! Aku berdiri di hadapan pintu sambil mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke rumahnya. Aku akan makan bersamanya dan dia bersama-Ku. 21Aku akan membenarkan mereka yang menang duduk di atas takhta-Ku, seperti Aku yang telah menang kini duduk di sisi Bapa-Ku di atas takhta-Nya.

22Jika kamu bertelinga; dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah."