Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Wahyu 22

A A A
Alkitab Versi Borneo

Sungai air hidup

1ADia menunjukkan kepadaku sebatang sungai air hidup, jernih seperti hablur, mengalir dari takhta Allah dan Anak Domba 2Bdi tengah-tengah kota itu. Di kiri kanan sungai itu terdapat pokok hayat, yang berbuah dua belas jenis setiap bulan; daun-daunnya menyembuhkan umat manusia. 3CSegala yang terlaknat tiada lagi.

Takhta Allah dan Anak Domba ada di dalam kota itu, dan hamba-hamba-Nya beribadat kepada-Nya. 4Mereka melihat wajah-Nya, dan nama-Nya tersurat pada dahi mereka. 5EMalam tiada lagi, dan cahaya pelita serta cahaya matahari tidak diperlukan lagi. Kerana Tuhan Allah akan menerangi mereka dan sekaliannya bertakhta selama-lamanya.