Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ulangan 34

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kematian Musa

1Kemudian naiklah Musa dari dataran Moab ke Gunung Nebo, iaitu ke puncak Pisga, yang berseberangan dengan Yerikho. Lalu Tuhan memperlihatkan kepadanya seluruh negeri itu: dari Gilead sampai ke Dan, 2seluruh Tanah Naftali, Tanah Efraim dan Manasye, seluruh Tanah Yehuda sampai ke laut sebelah barat, 3Tanah Negeb dan dataran rendah Yerikho, kota pokok kurma itu, sampai ke Zoar. 4CFirman Tuhan kepadanya, "Itulah negeri yang Kusumpah kepada Abraham, Ishak, dan Yakub ketika Aku berfirman, 'Aku akan memberikannya kepada keturunanmu.' Aku mengizinkan engkau melihatnya dengan matamu, tetapi engkau tidak akan menyeberang ke sana."

5Setelah itu Musa, hamba Tuhan itu, meninggal di sana, di Tanah Moab, selaras dengan firman Tuhan. 6Tuhan memakamkannya di lembah di Tanah Moab, yang berseberangan dengan Bet-Peor. Tiada seorang pun mengetahui makamnya sampai hari ini. 7Musa berumur seratus dua puluh tahun ketika kematiannya. Matanya belum kabur dan kekuatannya belum berkurangan. 8Orang Israel menangisi Musa di dataran Moab selama tiga puluh hari. Setelah itu, selesailah masa tangisan dan perkabungan kerana Musa.