Alkitab Versi Borneo |
19ASetelah kamu menuai hasil tanahmu lalu ternyata tertinggal seberkas di ladangmu, jangan kembali untuk mengambilnya. Itulah bahagian para pendatang, anak yatim, dan balu. Dengan demikian, Tuhan, Allahmu, akan memberkati kamu dalam segala pekerjaan tanganmu. 20Setelah kamu menjolok buah pokok zaitunmu, jangan kauperiksa dahan-dahannya sekali lagi. Itulah bahagian para pendatang, anak yatim, dan balu. 21Demikian pula setelah kamu memetik hasil kebun anggurmu, jangan kamu balik untuk memetik sekali lagi. Itulah bahagian para pendatang, anak yatim, dan balu. 22Ingatlah bahawa dahulunya kamu juga hamba di Tanah Mesir. Itulah sebabnya aku memerintahkan kamu melakukan hal ini.