Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 5

A A A
Alkitab Versi Borneo

Damai dan sukacita

1Oleh yang demikian, kerana kita telah diperbenar melalui iman, kita telah berdamai dengan Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. 2Melalui-Nya kita telah mencapai dengan iman kasih kurnia yang meliputi kita sekarang. Dan kita bersukacita dengan harapan akan kemuliaan Allah. 3Bukan itu sahaja, tetapi kita juga bersukacita dengan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan membina ketabahan. 4Ketabahan membina budi pekerti; dan budi pekerti membina harapan. 5Dan harapan tidak mengecewakan kita, kerana Allah telah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita melalui Roh Kudus, yang telah dikurniakan-Nya kepada kita.

6Lihatlah, tepat pada masanya, ketika kita masih tidak berdaya, Kristus telah mati untuk orang yang fasiq. 7Jarang sekali seseorang mahu mati untuk orang yang benar, meski untuk orang yang baik mungkin ada yang sanggup mati. 8Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita. 9Oleh sebab sekarang kita telah diperbenar dengan darah-Nya, lebih-lebih lagilah kita akan diselamatkan daripada kemurkaan Allah melalui-Nya. 10Kerana jika semasa kita seteru Allah, kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Anak-Nya, lebih-lebih lagilah, setelah didamaikan, kita akan diselamatkan melalui kehidupan-Nya! 11Bukan ini sahaja, tetapi kita juga bersukacita dalam Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus yang melalui-Nya kita telah menerima pendamaian.