Alkitab Versi Borneo |
22Kita tahu bahawa sampai ke saat ini seluruh ciptaan mengerang bagaikan sakit melahirkan anak. 23ALebih daripada itu, kita sendiri yang mendapat buah pertama Roh Allah, turut mengerang dalam batin sambil menanti-nantikan pengangkatan sebagai anak, iaitu penebusan tubuh kita. 24Melalui harapan ini, kita telah diselamatkan. Tetapi harapan yang dilihat bukanlah harapan. Siapa yang mengharapkan apa yang sudah ada padanya? 25Sebaliknya, jika kita mengharapkan apa yang belum ada pada kita, maka kita menantikannya dengan sabar. 26Demikian jugalah, Roh menolong kita dalam kelemahan kita. Kita tidak tahu apa yang patut kita doakan, tetapi Roh itu sendiri berdoa syafaat untuk kita dengan rintihan yang tidak dapat disampaikan melalui kata-kata. 27Dan Dia yang menyoroti hati kita tahu akan fikiran Roh, kerana Roh berdoa syafaat bagi pihak orang yang salih menurut kehendak Allah.